Kerugian meninggalkan puasa Ramadan Puasa (Islam)

Pahala puasa Ramadan amat besar. Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja bukan sahaja telah melakukan satu dosa besar, bahkan dia mengalami satu kerugian yang amat besar, satu hari puasa yang ditinggalkan tersebut tidak boleh ditebus dengan apa jua cara, tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidupnya. Hal ini jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad bermaksud:

“Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadan tanpa ada rukhsah (uzur syarak) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.”

(Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).

Abu Umamah ra berkata; "Aku bertanya kepada Rasulullah : "Ya Rasulullah, tunjukkan daku suatu amalan yang membolehkan daku memasuki syurga dengan cara itu. Lalu Rasulullah bersabda: "Kamu hendaklah berpuasa kerana sesungguhnya tiada satu cara pun yang mampu menandinginya."

(Hadis diriwayatkan oleh Ibn Hibban. No:3494)

Rujukan

WikiPedia: Puasa (Islam) http://www.al-azim.com/masjid/seminar/kertaskerja2... http://berkah-puasa.blogspot.com/ http://www.daawah.com/links/islam/puasa/ http://www.e-bacaan.com/artikel_puasa.htm http://www.syariahonline.com/puasa/index.htm http://www.epondok.com.my/index.php?p=arkibkupasan... http://www.ikim.gov.my/bm/artikel/2002/a02-26.htm http://www.islamituindah.my/hukum-gabung-puasa-qad... http://www.sabah.org.my/solat/artikel/puasa/mukadi... http://www.prn2.usm.my/mainsite/bulletin/kosmik/19...